143

June 16, 2012

Karya Fakhrul Anour .. Lukisan Kaoru ..
novel 143 versi novel ni sangat GEMPAK !! tahula novel ni publish pada 2007.. bagi sesiapa yang classmate  dengan aku.. mesti korang pelik kenapa aku kejar penolong.. sebab buku ni lah.. if korang nak tahu..

disebabkan novel ni penuh dengan quotes gempak.. nak kongsikan kat koranglah :3 sebab novel ni sweet...

1.  "CINTA TIDAK SEMESTINYA MELIBATKAN YANG TRAGIS" - Fakhrul Anour

2.  "kenangi yang lalu tapi hadapi yang baru dengan penuh kesyukuran"

3.  Hari berlalu begitu pantas. Namun sepantas mana pun waktu, setiap detik tetap istimewa bagi yang tahu menghargai

4. Ada kenangan dalam usia, kenangan di kala hidup menunggu hujungnya..

5. Biarpun ia bunga, segar seketika, layu selamanya, namun keindahan dan memorinya kekal       berkelana.

6. Tatkala hati masih kosong, hidup dilihat terlalu biasa. Waktu diputar tidak terasa lajunya. Setiap langkah disusun tiada maknanya. Tapi suatu hari apabila hati diisi dengan cinta, terasa hidup ini baru saja bermula.

7. Sesegar bau bunga-bungaan, begitulah segarnya ilham pertemuan..

8. Jangan sesekali membenci, kerana lama-lama benci itu mungkin akan bertukar menjadi sayang. Bukan sekadar sayang yang biasa.. mungkin lebih dari itu !

9. Mengapa sulit mengaku cinta, padahal ia terasa, dalam rindu dendam, hening malam, cinta terasa ada.. ( problem budak lelaki )

10. Jika pagi membawa kamu kepadanya, maka dialah buatmu sehari..

11. Cemburu tandanya sayang ....

12. Cinta bagaikan sungai, mengalir tanpa henti tapi tambah meluas seinring waktu...

13. Sekali cinta datang tidak bermakna ia tidak akan lagi. Ia pasti datang lagi tapi dari si dia yang berbeza dari dulu. Mungkin dia yang dulu atau dia yang baru...

14. Cinta bagaikan sungai, akan membina terusan baru apabila bertemu dengan halangan...

15. Jika cinta membuatkan aku  terjatuh, ternyata aku masih lagi  jatuh.

16.  Cuba melupai seseorang yang kita cintai seolah- olah cuba mengingati seseorang yang belum pernah kita jumpa...

17. Memang seronok bila dapat bersama dengan orang tercinta. Tapi amat payah untuk menerima hakikat apabila yang dicinta itu sukar untuk dimiliki.....

18. Apa yang terbentang di depan mahu pun di belakang kita hanyalah perkara kecil jika dibandingkan dengan apa yang terbentang di antara kita.

19. Anugerah paling istimewa bila kita memiliki sahabat, satu jiwa yang boleh dipercayai sepenuhnya, yang tahu buruk dan baiknya kita dan mencintai kita lebih dari segala keburukan kita.

20. Cinta pertama adalah yang terbaik di antara semua siri cinta yang pernah dilalui. Kenangan terindah yang tiada gantinya... kalau boleh ingin mengulanginya semula.

21. Setiap detik bersama kekasih merupakan momen paling beharga, berbanding seusia dalam hidup yang biasa dan membosankan.

22. Letak tangan atas dapur panas selama semint, itu rasa macam sejam. Tapi cuba duduk dengan yang dicintai selama sejam, itu rasa macam baru seminit.
  
23. Tidak mahu ku melihat cinta, tapi ku mampu merasainya. namun amat sukar untuk dipercayai. Tapi cinta membuatkan aku ingin terus percaya, hingga ia hilang dengan sendiri.

And my personal favourite...
 "Tidak semestinya yang kita cintai itu adalah yang mesti kita miliki. mungkin juga dia mesti kita lepaskan... "

banyak nak baca buku ni masa aku bawak pegi sekolah.. but masa tu aku tak habis baca lagi.. so, sorry bagi sesiapa nak pinjam buku ni... and sesiapa nak tahu 143 tu ape .. maksud 143 adalah " I love you " , " I hate you " pon boleh.. 1437 tu lak " i love you forever "
pening betul kod-kod ni.. aku pon sakit kepala .. aku buat post ni pon sebab aku minat Kaoru sebab comik-comik dia semua gempak !! hewhew !! bye.. :3

You Might Also Like

1 comments

  1. quotes yg kau tulis ni bnyk sngat mls aku nak baca, mase bila lak kau jiwang sangat

    ReplyDelete

Search

Powered by Blogger.